Beberapa
tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke
Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi
kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada
suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia
tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih
daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang
perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah
aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah...
syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak
cukup," kata Imam tersebut.
Apabila
tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun
berhenti.
Ketika
Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya
secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil
memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.
"Owh...
terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya,"
pemandu bas tersebut berkata.
Imam
tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim
saya perlu berlaku jujur."
Pemandu
bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang
baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.
Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam
tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam
tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya
Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku
sekalian...
Apa
yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak
melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia
akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya
pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
iluvislam.com
No comments:
Post a Comment