Mampukah
untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu
Teori
ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya
ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa
memahami permasalahan ini).
Islam
menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum
mengikat pertunangan.
Cara
bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani
oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta
pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar
suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan
yang menyedihkan?
Bercinta
adalah berkasih sayang.
menyayangi
ahli keluarga sendiri?
Maka
jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih
sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi
adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri
mereka bercinta?
Bagi
saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri,
mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai
Allah dan RasulNya.
Saya
perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki
dalam hidup seorang wanita.
Semakin
dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara
praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta
itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap
balasan.
Perkahwinan
yang memang bergelora.
Sesekali
terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah
sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih
yang bengkang-bengkok.
No comments:
Post a Comment