Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama
tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah,jabatan kami rasa tuan tak
memerlukan kami lagi…
Diri : Laa… Kenapa pulak awak cakap
camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak
pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV… Jadi kami rasa terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan
ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja,
bekerja
tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis… Entah lah…
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja
dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak
bercuti
Iman : bagaimana kami ingin bekerja
sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya liha mereka buat tuan
gembira..
Diri : Argh, gembira
apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya
kembali
Iman : Kami sememangnya sudah
berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan
kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En
Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…
Diri : Maafkan saya. kembalilah
bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO
kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi
melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya
bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang
rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja.
mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin
menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak
jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta
disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta
yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih
menggembirakan saya…
Iman : Kalau begitu maafkan kami.
Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan
kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, janganlah begitu… Bekerjalah
dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu… Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu
berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan khidmat kami adalah percuma.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang
menggembirakan aku. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak
boleh, itu tak boleh… Aku rimaslah…
Iman : (senyum sinis)… Maafkan kami
tuan..kami minta diri dulu… Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau
begitu… Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi… Tuan jangan risau,
kami maafkan tuan…
Diri : jangan pergi.. Aku sanggup
pecat En Dosa dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan
sebagainya…
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, aku kelam kabut sekarang…
Tak tenang, management berterabur…
Iman : Alhamdulillah… kami free of
charge… Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar… Silap hari bulan,
CEO kita; Allah SWT kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih… Panggillah ajk
kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En
ma’thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga
keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Jazakallahu khairan kathiran…
Demikianlah
analogi “syarikat” dalam diri kita. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan
dalam diri kita hanya ada dua; Jabatan Iman dan jabatan dosa. Kitalah yang
perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita
memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja
kita berbaik. Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai
air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu…
Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu
sukarlah unutk mebersihkan kembali. Begitu juga dengan pekerja kita, andai
terlalu ‘diternak’ satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir.
Selamat
bermujahadah!
No comments:
Post a Comment