Bagaimana
dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki
meminang perempuan?
Jika
seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan
isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa
perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna
pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada
pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu
sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya
apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin
jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin
la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka
dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah
menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi,
haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika
pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak
haram.
Ia
hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum
Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
apabila
seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya
seorang isteri.
Bagaimana
Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut
hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak
seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah
dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan
hasrat mengahwininya.
Apabila
perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh,
gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya,
kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita
sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
No comments:
Post a Comment