"Boleh
saya melihat anak saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan seorang
anak dengan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan
ia membuka selimut yang menutupi wajah bayi lelaki yang comel itu.
Ibu
itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berbalik memandang ke arah
luar jendela rumah sakit tidak sampai hati menatapi wajah ibu tersebut. Bayi
itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga.
Waktu
berlalu dan kini bayi tersebut telah menjadi seorang anak yang boleh
berkativiti dengan sempurna, cuma penampilannya saja yang tampak aneh dan
buruk.
Suatu
hari anak tersebut bergegas pulang ke rumah terus membenamkan wajahnya di
pelukan ibunya yang menangis. Ia tahu hidup anaknya penuh dengan kekecewaan dan
tragedi. Sambil teresak-esak anak lelaki itu mengatakan yang dia diejek oleh
orang dewasa dan dikatakan anak ini adalah makhluk aneh.
Di
sekolah anak tersebut disukai oleh rakan-rakan sekolah. Anak tersebut membesar
tampan dengan kecacatannya. Dia berbakat dalam bidang muzik dan penulisan.
"Ibu,saya
ingin menjadi ketua kelas."
Ibu
hanya mendiamkan diri, tapi di dalam hati ibu merasa kasihan dengan anaknya.
Suatu
hari si Ayah terus berjumpa dengan seorang doktor yang boleh melekatkan telinga
untuk anaknya.
"Saya
percaya saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya, tetapi harus ada
orang yang tampil untuk menderma".
Beberapa
bulan kemudian si ayah memanggil anaknya sambil berkata, "Nak, seorang
yang tak ingin dikenali telah bersedia mendermakan telinganya padamu. Kami
harus segera mengirim kamu ke hospital untuk menjalani pembedahan tetapi jangan
ditanya siapa yang menderma."
Pembedahan
dilakukan dengan berjaya dan kini telah lahir seorang lelaki yang mempunyai
cukup sifat. Bakat muziknya yang hebat menjadikan ia terkenal dan menerima
banyak penghargaan dari sekolahnya.
Masa
berlalu dan dia pun berkahwin dan bekerja sebagai seorang yang berpangkat
besar. Terdetik di hatinya tentang masa-masa silam lalu menghampiri ayahnya.
"Ayah,
saya hendak mengetahui siapa yang telah mengorbankan ini semua pada saya, ayah.
Ia telah membuat sesuatu yang amat besar dan ingin sekali saya membalas
budinya."
Ayahnya
menjawab, "Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang
telah memberikan telinga itu."
Setelah
terdiam sesaat ayahnya melanjutkan kata-kata, "Ayah tidak dapat membuka
rahsia ini sebelum tiba saatnya."
Tahun
berganti tahun ayahnya tetap menyimpan rahsia. Hinggalah pada suatu hari
tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan lelaki
itu berdiri ditepi jenazah ibunya yang baru saja meninggal dunia. Dengan
perlahan dan penuh syahdu si ayah membelai rambut isterinya yang terbujur kaku
sambil menyelak rambut sehinggalah tampak bahawa si ibu tidak mempunyai
telinga.
Sambil
menangis si ayah berkata, "Ibumu sangat suka menyimpan rambut yang panjang
dan tak seorang menyedari bahawa ia telah hilang sedikit kecantikkannya."
Kecantikkan
yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh tapi di dalam hati. Harta
karun yang hakiki tidak terletak pada zahirnya, namun pada apa yang tidak dapat
dilihat. Kasih sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan
diketahui, namun pada apa yang dikerjakan dan tidak diketahui.
http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1267-kecantikan-sejati-bukan-di-wajah.html
No comments:
Post a Comment