Di sebuah pondok usang milik seorang
hamba.
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap
jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki,
juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah
manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya
kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa.
Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu
padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia.
Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati
kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai
seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin
kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain
mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan
patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta.
Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang
ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar
mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku
mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya
kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan
ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan
cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya
sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip
mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada
hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin
deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila
seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana
Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu
kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi...
Kesal...
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment