Setiap
kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi,
di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk
menyaksikan sendiri majlis bersejarah yangmenyatukan
dua hati.
Biasalah,
jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid.
Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan
sempurna.
Jadi,
di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang
perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.
Alangkah
indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada
tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok
menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai
isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.
Namun
yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila
tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini
sana.
Tiada
lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu
belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam
sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya,
bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah muhrim kepada
pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan muhrim
juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang
perempuan.
Jika
dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak
meneruskannya dalam majlis persandingan pula?
Apakah
ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan?
Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan muhrim ketika di masjid dan ketika
di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan,
tetapi tidak ketika berada di persandingan?
Pelik.
Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.
Buat
bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada
orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di mana-mana.
Nasihat
ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan,
tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan
majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan,
tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami
yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah
tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata
orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1362-nikah-tutup-aurat-sanding-buka-aurat.html
No comments:
Post a Comment