“Wahai
yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
Apakah
kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”
Apakah
ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin
solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“Tidak..”
“Adakah
ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
“Tidak..”
“Kalau
begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”
“Ketika
lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan
matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”
“Ketika
surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang
kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk
ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi
dimurkai-NYA?”
“Tidak..”
“Kalau
begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“….”
“Adakah
kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak
mendahului iman?”
“Ya.”
“Dan
ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke
hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah
melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
“Tidak..”
“Kalaui
begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”
“Dalam
solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan
sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”
“Dan
ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut
kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu
dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai
solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”
“Kalau
begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula
mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.
Berhati-hatilah
kerana Allah telah berfirman:
‘Neraka
Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”:
Ayat 4-5)
“Astaghfirullahal
azim…
Ya
Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah
untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
http://www.facebook.com/note.php?note_id=169201586440848
No comments:
Post a Comment