Sekali
lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Adakah kita rasa
amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah
berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?
Kalau
begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika
mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah
yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita
meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah
ketika Allah menyebut: “aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan
kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”
Adakah
kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah?
Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2
malam- Allah menyebut: “Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam
untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka
aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya”
Tidakkah
kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah,
berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai
rintangan dan halangan.
Berapa
banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang
perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah
menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian,
kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyayangi kita walau saat kita
tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?
Atau
kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan
mematuhi segala titah perintah Allah.
Sesungguhnya
ketahuilah wahai saudara-saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini
menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau
kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang
paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?
Jika
tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH
DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi,
bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan
yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan ana
melakukan maksiat kepadaNya???
http://www.facebook.com/note.php?note_id=175878925773114
No comments:
Post a Comment