Hari tu ustzah aja bab ajran2 sesat...disebabkan diri nie terjin buang tbiat..hehehe...so sya nak kongsi psal kassim ahmad nie ngan sume orang wlaupun ctew nie dah lam...heheheh...
LATAR BELAKANG
• Ajaran yang turut dikenali sebagai “Ajaran Al-Qur’an Menolak Hadith” ini dipercayai muncul di Amerika Syarikat hasil garapan seorang pemikir Islam, Rashad Khalifa. Rashad sebelumnya turut menggemparkan umat Islam seluruh dunia apabila memperkenalkan Kod 19, yang merupakan suatu penyelewengan besar kepada pentafsiran dalam Al-Qur’an.
• Di Malaysia, ajaran ini mula diperkenalkan dan dikembangkan sejak 1985 oleh tiga “tokoh pemikir” yang amat takjub dengan keupayaan akal mereka sendiri, iaitu Kassim Ahmad, Abdul Manan Harun dan Othman Ali.
• Isu anti hadith bertitik tolak apabila Kassim Ahmad yang mendokong idea Dr. Rashad Khalifa terutama penentangannya terhadap hadith dan penemuan Kod 19. Mereka bukan di kalangan ahli ilmuan Islam tetapi sengaja menulis dan membahaskan di kalangan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik semata-mata. Ini dapat dilihat sebagaimana petikan kenyataan Kassim Ahmad yang disiarkan di dalam Akhbar Mingguan Islam pada 21 November 1985 seperti berikut:
“Perbincangan dan perbahasan ini dilakukan mengikut kaedah saintifik, semua fakta-fakta, kenyataan dan keterangan mestilah nyata, berwibawa, selaras dan benar dan semua hujah mestilah munasabah, logikal dan rasional.”
• Akibat terpengaruh dengan buku-buku tulisan Dr. Rashad Khalifa seperti buku “Quran The Final Scripture”, “Quran, Hadith And Islam” dan “Quran Visual Presentation Of The Miracle”, Kassim Ahmad telah memperkenalkan idea-idea berkenaan kepada umat Islam di negara ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” dalam akhbar Watan. Artikelnya yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-Ahli Hadith” telah menunjukkan pendiriannya dalam menolak hadith dan sunnah dalam Islam.
• Bermula bulan September 1985, Kassim Ahmad telah memperlihatkan peningkatan gerakannya dengan penganjuran Majlis Diskusi mengenai “Teori Hadith” di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri oleh beberapa orang kenalannya daripada ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Penyebaran ajaran sesat Kassim Ahmad telah disedari dan dikecam hebat oleh para ulama’ Islam dan akhirnya Kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
• Ekoran daripada kecaman dan kritikan ulama’-ulama’ tersebut serta tindakan Kerajaan membatalkan siri ceramahnya, maka pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku bertajuk “Hadith Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Penulisan buku tersebut telah membangkitkan kemarahan dan menjadi suatu kontroversi yang meluas di kalangan umat Islam kerana antara lain buku tersebut mendokong fahaman penolakan hadith secara total sebagai salah satu sumber hukum Islam. Buku tersebut kemudiannya telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.
• Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadith secara total. Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan
buku tersebut melalui Warta Kerajaan.
• Demikian juga halnya dengan Othman Ali. Karyanya, “Bacaan” (makna kepada perkataan Al-Qur’an dalam bahasa Melayu) memperjelaskan pegangan eratnya kepada ajaran anti hadith. Keseluruhan kandungan Bacaan adalah himpunan “tafsiran selapis” Othman kepada setiap bilah ayat Al-Qur’an yang berbahasa Arab. Othman sendiri pernah mengakui bahawa beliau tidak begitu arif dengan bahasa Arab tetapi masih mencipta Bacaan.
• Ajaran golongan intelek ini agak berbeza berbanding dengan kebanyakan ajaran sesat lain yang berkembang di negara ini. Jika kebanyakan ajaran lain mempraktikkan amalan tertentu seperti berzikir di tengah kepekatan malam serta amalan-amalan lain yang berbau khurafat sebagai identiti mereka, tidak pula demikian dengan anti hadith. Penyelewengan mereka ternyata bergaya apabila mereka mengenengahkan suatu “penyelewengan profesional” yang mereka dakwa sebagai “pembetulan” kepada “amalan sesat” yang diamalkan oleh umat Islam kini. Lebih tepat lagi, “sesatnya” umat Islam kini (seperti dakwaan mereka) kerana beramal ibadah dengan berpandukan hadith, sedangkan mereka beramal ibadah dengan berpandukan Al-Qur’an secara mutlak.
• Usaha golongan ini menolak hadith sebagai salah satu sumber hukum Islam bukan sahaja melalui buku-buku, malah juga disebarkan melalui pelbagai bentuk penulisan seperti penulisan risalah Iqra’, artikel dalam media cetak, dan kegiatan-kegiatan lain seperti majlis diskusi, forum, ceramah, usrah dan sebagainya. Buku dan risalah (seumpama Bacaan) menjadi medium utama kerana sebahagian besar pengamal ajaran ini merupakan intelektual yang tahu menulis apa sahaja. Manakala usrah pula merupakan cara paling mudah untuk menyebarkan fahaman ini kepada ahli-ahli baru.
Bnyak agi...tpi nanti pnjang2 x best..so sampy sni dlu kot..insyaALLAH akan dsambung!!!
Selamat beramal!!!
Wallahualam...
Wahai Kassim Ahmad, bertaubatlah kepada Allah S.W.T. sebelum Malaikat Maut datang menjemput kamu.
ReplyDeleteSalam utk semua,
ReplyDeleteAllah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.
Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.
Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.
Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?
Salam,
DeleteMintak saudara Allen Sulong beri senarai ulama yang dicategori "ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran".
Terima kasih.