Saya
dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa
tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas
kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan
apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung
tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun,
sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang
berbentuk agama ini.
Saya
mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya
berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada
waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua
bentuk media.
Mereka
membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang
lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk
mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas
setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk
dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian,
tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia,
tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan
diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya
mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi.
Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu
itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik
Permulaan
Kemudian
satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia
begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak
seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan
tenang.
Dia
memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia
tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu
dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila
saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan
segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia,
apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di
mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan
dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk
masa tua anda.
Perkara
pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada
tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi
seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar
bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas,
mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya
tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan
mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut
Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan.
Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah
keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak
menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan
segala-galanya.
Apabila
saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang
sembahyang,
sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya
masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan
bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah
menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi
al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya
mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran
mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai
temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada
tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara
selslam.
Melawat
Jerusalem
Saya
melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya
masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya
apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya
lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru.
Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu
menjadi.
Peristiwa
ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya
menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas,
pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi
bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya
telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya
begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba
mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang
saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak
perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya
tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya
lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang
sempurna di dunia ini.
Hanya
Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w.,
kita akan berjaya.
Moga-moga
Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah
Rasulullah s.a.w.. Amin!
-
Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment