FIRMAN
Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya
mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada
memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti
terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan
sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan
kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada
memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa
suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara
lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya
kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai
keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua
dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum
mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan
kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya
melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti
gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai
orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31)
Wahai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab,
ayat 59)
Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Menurut
Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud
Fi Fathil Bari)
Siapa
saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
(Hadis riwayat at-Thabrani)
Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Asma
binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.
Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).
No comments:
Post a Comment