Siapa
yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau
di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di
Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di
Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa
agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang
dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik
adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi
kecantikan masing-masing.
Mungkin
bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada
siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata
lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah
pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai
definisi cantik barat.
Kadang
kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau
di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania,
Africa, the bigger the better.
Orang
di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya
di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk
gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh
berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun,
ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik
dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu
kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5
tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka
akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan
mudah mendapat jodoh.
Di
Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik
pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada
pandangan mereka.
Tapi
kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah
terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah
jadi cantik?
Di
Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan
seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan
plastik.
Atau
di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita
Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan
lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi
saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan
plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan
betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa
pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam
sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi
cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak
kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik.
Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar
hidup wanita demi cantik.
Walaupun
mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah
jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata
mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya
juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya
demi cantik.
Allah
suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan
lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan
cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan
cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu
sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau
baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut.
Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik
bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada
Pencipta.
Cantik
akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada
diri seorang wanita.
Wanita
yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada
guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan
menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah
tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai
kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu
juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah
sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah
akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan
pandangan manusia.
Bersyukurlah
dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya
hanya keranaNya.
Tiada
yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang
lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada
yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
No comments:
Post a Comment