Suatu
ketika , Rasulullah mengimami solat. Bagaimanapun , sepanjang menunaikan
kewajipan itu pergerakan baginda nampak begitu sukar sekali hingga menimbulkan
tanda tanya dan kerisauan di kalangan para sahabat yang menjadi makmumnya.
Kekhusyukan mereka terganggu kerana setiap kali Rasulullah bergerak, akan
kedengaranlah bunyi menggerutup seperti sendi-sendi baginda bergeser antara
satu sama lain. Sayidina Umar yang risau melihat keadaan baginda itu terus
bertanya setelah mereka selesai solat.
“Ya Rasulullah, kami perhatikan seolah-olah
tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah, ya
Rasulullah?” tanya Umar. “Tidak Umar,” jawab baginda . “Alhamdulillah, aku
sihat dan segar.” Umar tidak berpuas hati. “kalau sihat, mengapa setipa kali
tuan menggerakkan badan , kami dengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuhmu.
Kami yakin tuan sedang sakit.”
Rasulullah tetap mengatakan tiada apa-apa yang
perlu dirisaukan, baginda sihat. Namum setelah didesak berkali-kali, akhirnya
Rasulullah pun mengangkat jubahnya . Para sahabat terkejut kerana perut baginda
begitu kempis dan dililiti sehelai kain berisi batu kerikil buat menahan rasa
lapar. Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi menggertap setiap kali
Rasululllah mengerakkan tubuhnya.
“Ya
Rasulullah, adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami
tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh
belas kasihan.
“Tidak
sahabatku,” jawab baginda. “Aku tahu kamu sanggup lakukan apa saja untuk
Rasulmu. Tapi apakah yang akan kujawab di hadapan Allah nanti apabila aku
sebagai pemimpin menjadi beban kepada umat-Nya? Biarlah kelaparan ini sebagai
hadiah Allah buatku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini,
lebih-lebih lagi tiada kelaparan di akhirat kelak.”
No comments:
Post a Comment