Kisah
benar ini berlaku di US.Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di
US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu
malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula
agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan
hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba
dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di
tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia
boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas
dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia
disaat itu.
Masa
dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam
muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini
selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan
paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol
oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar
lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas
rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat
mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis
dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi
perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia
melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi
rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi
dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman
dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia
pun tanya perogol itu..
“Why
don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m
alone?”(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)
Perogol
tu jawab:
“No,
you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your
right side and the other one was by your left side. If you were alone of course
you will be my victim.”(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada
2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi
sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)
Wanita
ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke
hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s
: MORAL CERITA INI???
Jika
kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala
laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang
sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang
siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan
2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat
al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya ..."[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah
kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua
mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...sebagai hamba kita seharusnya
percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa
dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
Anda
yg bergelar wanita...amalkanlah..moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu
kalian...
No comments:
Post a Comment