Hairan
saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.
I
September 1994.
Serius
mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas
seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti
ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata
saya di dalam hati.
Setelah
injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.
”
Bincang apa tu ?
Serius
aku tengok,” saya menyapa.
”
Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur
emak dia ?”
kata
Jaimi, kawan saya.
”
Budak perempuan ?
Tak
boleh keluar dari kubur ?
Aku
tak fahamlah,” jawab saya.
Memang
saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
”
Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di
kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada
seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang
ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
”
Kenapa jadi macam tu ? ”
saya
bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah
serius sangat mereka berbual..
Jaimi
memulakan ceritanya...
Kata
beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak
perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana
pun,
ibunya
yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
”
Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.
”
Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.
Sambil
itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah
bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah
jantung dan kencing manis.
”
Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya
pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.
”
Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
”
RM 20 aja !” si gadis berkata.
”
Tak ada ,” jawab ibunya.
”
Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
”
Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis
tersebut menyanggah, katanya,
”
Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”
”
Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi
belum pun habis kata-katanya,
si
gadis memintas lagi,
katanya
; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”
Serentak
dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si
ibu jatuh ke lantai .
”
Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya
berkerut menahan sakit.
Gadis
tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di
dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan
Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir
sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah
terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila
di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi
berdenyut.
Si
gadis panik.
Dia
meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung
si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui
jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di
luar.
Jaimi
menyambung ceritanya ;
”
Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada
mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi
bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia
jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam
kubur.
Suaminya
sendiri pun tak dapat Bantu.
”
Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat
ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia
seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”
Kemudian
gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali
lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan
menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa
bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun
apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba
kakinya tidak boleh di angkat .
Ia
seperti di paku ke tanah.
Si
gadis mula cemas.
”
Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.
Wajahnya
serta-merta pucat lesi.
”
Apa pasal,” Si ayah bertanya.
”
Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang
ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang
demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
”
Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki
saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah
bapanya.
Si
bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki
gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa
orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
”
Ayah… kenapa ni ?? !!
Tolonglah
Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya
yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin
ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka
cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki
si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya
bertambah kuat.
”
Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa
jadi macam ni ayah?”
kata
si gadis sambil meratap.
”
Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang
ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab
si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia
menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau
seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
”
Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil
itu di peluk dan di cium jenazah.
Air
matanya sudah tidak boleh di empang lagi.
”
Maafkan Saida emak,
maafkan
, Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida
menyesal..
Ampunkan
Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian
gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai
tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai
orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.
Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam
membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
”
Kita kambus sedikit saja,
sampai
mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita
tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau
hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
”
Habis anak saya ?” tanya si bapa.
”
Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita
buat dua-dua sekali,
mayat
isteri awak di sempurnakan,
anak
awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki
berkenaan bersetuju.
Lalu
seperti yang di putuskan,
upacara
pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana
pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup
untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang
menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila
talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil
itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai
upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi
tidak berhasil.
”
Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah
lapar sangat.
Lepas
itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas
ni aku nak ke kubur lagi.
Nak
tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
”
Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu
kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami
lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa
buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya
terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha
menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah
penat berusaha,
akhirnya
saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya
saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat
kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung
oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di
dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib
saya memang baik hari itu.
Dua
tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
”
Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie
yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
”
Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
”
Mana boleh .
Keluarga
dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.
Sambil
itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.
”
Sekejap aja.
Bolehlah…”saya
memujuk.
Alhamdulillah,
setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa
berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan
beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun
demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama
,risau, takut di halau keluar.
Kedua
; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas
meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya
saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di
pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie
mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin
dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah,
saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie
terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila
di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya
lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
merintih ;
“Emak…
ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida
derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas
mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis
tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
”
Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan
saya, lepaskan saya,”
Di
tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya
lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan
gadis berkenaan.
”
Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu
bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Si
gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah
memandang ke atas pun tidak.
Dia
sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir
menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak
saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan
mata.
Begitu
besar kekuasaan Allah.
Memang
betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya
saya tidak dapat lama di sana.
Cuma
10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya
mahu saya berbuat demikian.
Mahu
tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
”
Ampunkan saya emak,
ampunkan
saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah
kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”
Lantas
saya menoleh buat kali terakhir.
Saya
lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di
bawa keluar,
tapi
seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang
polis saya lihat mengesatkan air matanya.
Semakin
lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa
kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan
dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat
liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka
merayu bermacam-macam cara,
namun
demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari
kian terbenam,
akhirnya
tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida
masih begitu.
Kaki
terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta
keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara
tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.
Saya
di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun
minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa
dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan
berdoa.
Namun
telah di sebutkan Allah,
menderhaka
terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida
tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun
mula menitis.
Saida
kesejukan pula.
Dengan
selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun
dia tidak dapat tidur.
Saida
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah
yang berlaku keesokannya.
Orang
ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun
tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas
jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah
empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin
kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan
matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin
juga kerana tidak makan dan minum.
Atau
mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah
Maha Agung…
sebaik
Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah
tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat
gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya
kini di penuhi lalang.
Di
bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada
siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
No comments:
Post a Comment