"Semoga
dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat."
Jawapan
begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun
pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami
soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan
wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas
doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah
SWT.
Lelaki
yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada
Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah kekadang
sehingga memaksa isterinya untuk menunaikan solat.
Lelaki
yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi,
suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau
mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang
soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang
senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami
yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!
10
Sifat Calon Suami Yang Baik
Jika
anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika
anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1.
Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal
waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat
ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2.
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang
lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang mulia.
3.
Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh
menjatuhkan kredibilitinya.
4.
Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa
dan kedudukan.
5.
Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6.
Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang
bercakap-cakap.
7.
Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu
dirinya mampu berbuat demikian.
8.
Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya
sama.
9.
Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10.
Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa
kecemasan
**************
Pesanan
dari Admin:
seorang
lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN
1.
TIDAK AKAN mengajak anda kepusat2 hiburan
2.TIDAK
AKAN berani pergi ber"dataing" dan bercouple berdua-duaan
3.TIDAK
AKAN membonceng bersama2 dengan kekasih
4.TIDAK
AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim
5.TIDAK
AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan
berdua-duaan dan sebagainya
6.TIDAK
AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita
7.TIDAK
AKAN tidak berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan
8.TIDAK
AKAN berani melakukan ZINA
SEKIRANYA
8 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT
TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA
SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2
TERSEBUT...SEKIAN
KEPADA
WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
brought
to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)
berdoa
untuk mendapat yang baik-baik...
pasangan
suami isteri
No comments:
Post a Comment