'Ainul
Mardhiah' merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka
dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2
syurga.
Mendengar
berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu
bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan
kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum
Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang
muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam
tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia
bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah
syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah...
lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon
beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan
begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya
andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya
ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu
dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam
dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh
tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas
mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu
kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di
dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan
untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita
itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu
pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu
sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini
kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang
itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah
keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW
dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan
itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang
ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...
YA
ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan
seorang anak, isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari
di syurga nanti.....
No comments:
Post a Comment