Pada
suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga
besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang
kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke
getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul
buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak
yang busuk.
Sebenarnya
kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam
di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang
yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang
mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang
miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu
hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah
diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah
abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan
pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang
lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya
melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di
hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak
lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas
dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang
lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang
dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka
diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki
pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil
makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk
persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang
dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku
pengerusi majlis.Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus
bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan
keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin
kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda,
suka sangat ikut perasaan.”Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang
lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram
tersebut.
“Ini
resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami
pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun
berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih
berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.
Tentang
si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot
penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.“Hoi monyet…senyaplah…
pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat
yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.Akhirnya adik-adik berdarah
muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan
sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat
kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik
perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.Keadaan semakin
genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni
mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram
mencabul adik perempuan kami.”
“Selamatkan
adik kami yang kelemasan.”Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang
pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik
perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah
tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul
mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.
Adik
lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah
hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu,
diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan”
setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.Bila melihat
banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan
banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus
dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain
pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording
yang lebih menarik….Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan
namanya.
catatan
:+ adik perempuan itu bernama Palestin.+ adik lelaki itu bernama Iraq.+
abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya+
adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.+ adik-adik
yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam+ bapa yang mati dibunuh itu
Khalifah Uthmaniyah+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC+pendatang haram
tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.
No comments:
Post a Comment