header text

Ya Allah,berikanlah kepadaku kitabku(catatan amalku)dari tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku melalui tangan kiriku.Aaminnn...

Monday, December 13, 2010

Dirimu tercari-cari




Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.

Kita cuba untuk menipu diri.

Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.

Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.

Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.

Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.

Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.

 Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.

 Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasti tidak akan bosan.

 
Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.

Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.

Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.

Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.

Ya Allah,
Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu ya Allah.

Terima kasih ya Allah, terima kasih.


http://www.fuadlatip.com/v1/2010/12/dirimu-tercari-cari/

No comments:

Post a Comment