Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

header text

Ya Allah,berikanlah kepadaku kitabku(catatan amalku)dari tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku melalui tangan kiriku.Aaminnn...

Tuesday, February 28, 2012

Rahsia seorang lelaki Ghuraba'

P: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?

L: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).

P: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
 
L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.

P: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?

L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.

P: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?

L: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.

P: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?

L: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Saya sangat cintakan wanita sebab itu saya tidak mahu mengecewakan mereka. Allah lebih mengerti. Wassalam...

P: Allahu Akbar... Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak.... 

>>> Terima kasih kerana menjaga hubungan ini (
✿◠‿◠)

Sunday, February 19, 2012

Remaja Berakhlak Di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf AS.





Dipetik daripada  buku Nota Kepada Diri  oleh TGNA…


  Setelah Allah SWTmenganugerahkan ganjaran kepada golongan yang ditimpa bala cacat penglihatan dan penyakit kusta, Allah SWT menyeru pula para pemuda (remaja) yang berakhlak mulia (muta’akkif).Mereka diseur agar menghadap Allah SWT bagi menerima anugerah, sebagai ganjaran daripadausaha ikhlas dan kesungguhan mereka mengawal diri daripada sebarang pancaroba ketika remaja.

   Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran.Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang sugar-bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

   Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hokum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan kaum artis sebagai sanjungan dan ikutan , bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai.Dengan mudah mereka menyerahkannya kepada seseorang lantaran runtunan hawa nafsu.

   Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik , termasuk video lucah, menjadikan golongan remaja sebagai sasarannya.Dalam suasana yang begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah Islam,mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

   Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja Mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi suasana negara dan pemerintah yang mengabaikan peraturan AllahSWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjurus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayahAllah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan amanah Allah SWT sahaja yang akan selamat daripada segala bencana itu.

   Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta akhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi.Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan dari para malaikat. Malah kehadirannya disambut oleh Allah SWT dengan ucapan “Selamat Datang wahai para remaja yang baik”.

   Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela disekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

   Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu disebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah SWT menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukminun, berakhlak, bersabar, dan mempunyai ilmu pengetahuan.

   Nabi Yusuf AS terpilih menjadi ketua para belia yang baik budi pekerti kerana baginda adalah seorang Nabi yang sangat kacak dan tampan. Ketampanannya menggoda ramai para wanita, sehingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf AS Berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu.

   Ulamak tafsir menyifatkan kecantikkan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia didunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama “Surah Yusuf”, yang bukan sahaja menceritakan rupa paras Nabi Yusuf AS yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan baginda.

   Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termahsyur, iaitu Nabi Yusuf AS. Bersesuaianlah dengan ketabahan dan kekuatan hati baginda yang Berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang Berjaya menghadapi segala godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf AS dibawah panji-panji hijau di Akhirat kelak.

   Setelah itu, Allah SWT  memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT kerana sifatnya yang terpuji itu.

   Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan permusuhan.