header text

Ya Allah,berikanlah kepadaku kitabku(catatan amalku)dari tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku melalui tangan kiriku.Aaminnn...

Saturday, January 29, 2011

Zina!!! Zina!!! Zina!!!



Bulan ini, sudah  hampir 9 bulan aku di kandung ibu dan dibawa ke sana ke mari. Rasanya , sudah tidak sabar lagi untuk melihat dunia.  Betapa cantik alam ciptaan Tuhan ini. Dan yang paling aku nantikan, ialah menatap wajah ibuku. Ah! Sebulan ini bagai setahun rasanya bagiku. Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua. Dengan payah, dengan jeritan tangis dan sakitnya, akhirnya aku dilahirkan. Sebaik keluar, aku menjerit dan menangis ketakutan. Bilik kecil itu begitu asing bagiku. Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia. Tiba-tiba, aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku. Aku membuka mata dan mengerling ke arah manusia itu.

 
Oh! Inilah ibuku. Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama Sembilan bulan. Cantik orangnya , apabila ibu mendakapku terasa aman jiwaku dibuatnya. Aku memerhatikan sekeliling. Ayah, dimana ayah? Aku ingin menatap wajah ayah. Tapi ayah tiada, ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita  lain. Aku tidak tahu siapa wanita itu lalu aku menangis.. tidak lama kemudian aku melihat ibu bersiap-siap. Ibu... ibu mahu ke mana? Ibu tidak menjawab pertayaan ku itu sebaliknya berlalu keluar bersama wanita sedang mendukung ku ini.

Aku menjadi pelik.. kenapa ibu bersikap dingin terhadap ku? Kemudian ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. Ibu memelukku dengan erat, memandang ke wajahku. Mataku dan mata ibu bertentangan. Terasa begitu bahagia apabila dapat menatap wajahmu ibu... tiba-tiba  kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak. Wanita itu kemudiannya mengambil aku dari pangkuan ibu. Aku kembali menangis . Entah kenapa, aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.

Aku memandang wajah ibuku dengan tangisan dan teriakkanku. Namun , ibu hanya melihat aku dengan pandangan yang sayu. Kemudian dia berpaling ke arah lain. Wanita itu membawa aku pergi, lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput, bersebelahan tong sampah yang hapak baunya. Aku menangis dan menjerit. Kenapa letakkan aku di sini! Ibu,aku takut! Aku menjerit sepuas-puasnya , namun tangisan aku itu sia-sia. Ibu dan wanita itu  telah meninggalkan aku seorang diri.

 Ibu,kenapa ibu tinggalkan aku di sini? Bukankah aku patut dibelai dan dimandikan , lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuh ini? Semut-semut merah yang bisa  berkeliaran disitu mula merayapi tubuhku. Seekor daripadanya mengigit tubuhku yang masih dipenuhi  darah. Aduh ! ibu.. sakit ibu, SAKIT!  Aku terus meraung apabila semut-semut itu mengigit tali pusatku. Ia mengigit pula bibirku. Aduh, aku tidak tertahan lagi. Aku cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga,kaki, tangan dan seluruh tubuhku, tetapi tidak berdaya. Tanganku terlalu kecil dan lemah.  Aduhhhh... ibuuuuu!!! Aku menangis kesakitan , tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.

Waktu berlalu, akhirnya aku menjadi lesu sendiri. Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya untuk menepis semut yang semakin ganas mengigit tubuhku ini. Aku juga tidak berminat lagi melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung di langit. Ibu.....aku sayangkan kamu, ibu.. aku tidak sabar untukk lahir ke dunia, semata-mata untuk menatap wajahmu ibu, tapi ini yang kau lakukan padaku.

Langit beransur cerah, matahari muncul dan cahayanya kian terik. Terasa aku tidak mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini. Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil nama ibu.  Kini, aku sudah tidak lagi bersemangat untuk hidup . aku tidak lagi menjerit dan menangis. Aku sudah tidak mahu melihat dunia ini. Aku juga tidak mahu menatap wajah ibuku.

 Hanya satu  yang ingin aku tanyakan pada ibu... tidakkah engkau takut kepada Tuhan yang menjadikan dirimu dan diriku?tidakkah engkau tahu bahawa anak adalah kurniaan yang paling besar dari Tuhan buat hamba-hamba-Nya? Aku berdoa, semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosa ibu. Aku tahu sebentar lagi lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhanku. Aku akan bertemu dua lagi abangku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu. Nanti aku akan mendengar pula kisah sedih abang-abangku yang senasib dengan diriku ini. Terima kasih ibu kerana melahirkan aku. Terima kasih juga kerana membuangku.. Tunggu... aku akan menunggu ibu ‘di sana’ nanti.
                                         
                                                   bkan gamba sebenar tau...

Saturday, January 15, 2011

Allah Benci orang Menguap???



Siapa yg x pernah menguap???...angkat tangan...x do la tu...biasa ae kita akan menguap bila ngatok atau x ckup tido..klo ikot sains punca menguap adalah disobabkan kita kkurangan oksign...

Ada hadis yg diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad dan At-Tarmizi yg berbunyi,Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yg demikian itu drpd syaitan yg mentertawakan kamu.”Makruh tau klo kita mengankat suara...


Hah!!!apa lgi lpas ni kena la tahan menguap sekadar yg mampu jew la...jngan paksa diri kang lain jadi ae... Diriwayatkan oleh al-Bukhari drpd Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu bersin,lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’,maka adalah hak atas setiap Muslim yg mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallah’.Adapun menguap itu adalah drpd syaitan.Maka apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia menahannya sekadar termampu.Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya.”

 Klo nak menguap sangat jangan lupa ltak tangan tutp mulut...Diriwayatkan olh Muslim drpd Abu Said al-Khudri r.a.,Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan msuk (melalui mulut yg terbuka)

Aish...baik  kita jaga2...entah brapa bnyak la syaitan dah msuk...huhuhhuu...Nauzubillah....Waallahualam...

Friday, January 14, 2011

Perempuan ke Wanita Solehah???


Perempuan skrang ni senang jew nak cari...kat tepi jlan tu melambak perempuan...yang susah nak cari ae adlah wanita solehah...so kat sini sya nak kongsi sama2 tentang seorang wanita yg solehah...

 

Cuba la tanya mana2 lelaki...perempuan cam ne yg diowang nak jadikan sebagai teman idup..of course jwapan ae perempuan yg baik hati,solehah,ada agama dan seerti dengannya...

Nak jadi wanita yg solehah nie bkan senang...bnyak ujian hidup yg perlu dilalui...kadang kala hampir tersungkur ke tanah...tapi kita kena bangun untuk mencari keredhaan Allah SWT...

Antara ujian ae...mesti ade orang yg cakap cam nie....”perh bajet baik jew bdak tu...nmpak jew pkai tudung...ntah2 rambut berwarna...huh!!!”...

Kepada sesiapa yg dah terkena..sabar jew la ye...bnyak pahala yg akan kamu dapat ngan bersabar...dan cbe tok tkar fikiran dia dengan berkelakuan sebagai muslimah sejati...InsyaAllah satu hari nanti dia xkan memfitnah kamu dan mungkin akan tertarik untuk berkawan dengan kamu...

Allah juga akan menurunkan ujian dari segi nafsu...contohya,nafsu untuk mempunyai kekasih hati (bkan suami)...sebagai wanita perasaan tu susah dibuang jauh kerana hubungan antara wanita dengan lelaki adalah fitrah hidup...

Sebagai manusia biasa...sudah tentu kita ada kelemahan...bukan mudah untuk mengalahkan nafsu ni...tapi dengan adanya iman InsyaAllah kita boleh kalahkan nafsu ni...

                                             

Uh..dah lewat nie..ideapun ntah ke mana...huhuhuhuh...InsyaAllah akan disambung klo umo sya panjang....Wassalam...


  

Thursday, January 13, 2011

Aurat la kawan...


 Di  dalam  Al-Quran  dan  hadis  banyak  terdapat  peraturan-peratuan  berkenaan  pergaulan  lelaki  dan  permpuan.Peraturan  tersebut  mencukupi:


1.Lelaki  tidak  boleh  meniru  pakainyan  perempuan  begitu  juga  sebaliknya  perempuan  tidak  boleh  meniru  pakaian  lelaki.

2.perempuan  tak  boleh   mempamerkan  kecantikan  tubuh  badannya  di  hadapan  lelaki  yang  bukan  muhrimnya.

3.Perempuan  dan  lelaki  ketika  keluar  rumah  hendaklah  menutup  aurat.

4.Lelaki  dilarang  melihat  aurat  sesamanya  demikian  juga  perempuan  dilarang  melihat  aurat  perempuan  lain.

5.Lelaki  tidak  boleh  melihat  aurat  perempuan  dan  perempuan  tidak  boleh  melihat  aurat  lelaki  kecuali  dalam  keadaan  darurat.

6.Lelaki  tidak  boleh berjalan  dngan  perempuan  lain  tanpa  disertai  oleh  muhrimnya.

7.Janganlah  lelaki  memandang  perempuan  dengan  pandangan  menggoda  dan  menimbulkan  fitnah  begitu  juga  sebaliknya.

8.Lelaki  dan  perempuan  jangan  menguinjungi  tempat-tempat  hiburan  yang  berunsur  maksiat.

9.Pelihara  akhlak  mulia  dengan  cara menjauhkan  diri  daripada  berteman  dengan  orang  yang  tidak  memiliki  budi  pekerti  yang  baik.































Melangkah ke tahun yg baru amat berat bagiku...hambaMu yg lemah nie...Ya Allah terlalu bnyak dugaan yg perlu ku tempuhi walaupun baru dua minggu aku memulakan tugasku di STAN nie....Ya Rabb...berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala karenah2 yg datang kepadaku...Ameen...