Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam
hidup ana ini, ana sangat terpengaruh dengan kehadiran dua lelaki ini. Biarlah
ana ceritakan satu persatu asbab kepada tertawannya hati ana kepada kedua-dua
lelaki ini.
Tiada
lelaki yang lebih sempurna akhlaknya yang ana pernah ketahui melainkan dia.
Sentiasa baik kepada sesiapa sahaja baik di waktu senang mahupun susah. Tidak
pernah meninggikan suara, menegur dengan baik sekiranya ada perkara yang tidak
disukainya. Mendoakan orang walaupun yang telah menyakitinya dan sentiasa
berhusnudzon terhadap semua orang.
Seyuman
lekat di bibirnya walau ketika dia sihat, sakit, sedih. Orangnya zuhud, sangat
bersyukur kepada segala nikmat yang dikurnia Illahi walaupun ada di antara kita
yang memandang remeh nikmat-nikmat di sekeliling kita. Solat malam menjadi
kegemarannya, dan dengan senang hati berpuasa sekiranya tiada makanan yang
disediakan untuknya. Muslimin ini sangat penyayang.
Walaupun
terkadang ana lupa kepadanya, terlupa kepada nasihat dan larangannya, dia tetap
merindui dan mencintai ana serta sentiasa berdoa yang terbaik untuk kehidupan
ana dunia dan akhirat. Kanak-kanak disayangi, orang tua dihormati. Subhanallah,
kalau nak diceritakan semuanya rasanya tak dapat ana ungkapkan kerana semakin
rasa diri ana ni tak layak untuk bertemu dengannya. Malu rasa diri ini dengan
kewarakannya, cintanya, akhlaknya. Tak setanding diri ini denganmu.
Muslimin
kedua ini ana sangat menghormatinya. Timbul bibit cinta dan kasih sayang
kepadanya dek kerana ungkapan cintanya melalui seluruh tubuhnya kecuali
lisannya. Tiada ungkapan kasih daripadanya yang ana pernah terima. Namun, dari
sikap prihatinnya, pelaksanaan tanggungjawabnya, ana tahu dia sangat menyayangi
ana. Dia seorang yang bewibawa, amir dalam organisasinya.
Walaupun
dia tidaklah sewarak muslimin yang pertama, tapi sifatnya yang lain tidak
kurangnya menawan hati ana. Alhamdulillah, dia dikurniakan dengan nikmat harta,
dan dia tidak lokek untuk berkongsi dengan kerabatnya. Kasihnya dia kepada
kanak-kanak dapat jelas ana lihat. Solat sunat walaupun jarang ditunaikan
namun, solat fardhu tidak pernah dia tinggalkan dan selalu dipentingkannya.
Hmm..
Hati duhai hati. Yang mana satu pilihanmu sebenarnya? Pilihan pertama ana
adalah muslimin yang pertama dan jika mustahil perkara itu bagi ana, maka ana
berdoa kepada Allah supaya ana dipertemukan dengan yang serupa atau lebih baik
dari muslimin yang kedua.
Eh,
siapa pula muslimin kedua tadi? Dialah lelaki yang ana cintai selepas
Rasulullah SAW iaitu ayah ana sendiri. Jika ia adalah mungkin, bakal zauj ana
nanti, ana harapkan sekurang-kurangnya ada sifat-sifat seperti ayah ana tadi.
Wallahu’alam.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=171590799535260
No comments:
Post a Comment