Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

header text

Ya Allah,berikanlah kepadaku kitabku(catatan amalku)dari tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku melalui tangan kiriku.Aaminnn...

Friday, March 11, 2011

Bersyukur ke tak???


Ini adalah tafsir bagi Surah Ar-Rahman…urutan ini mengikut ayat tau…Dalam surah ini mengisahkan azab dan nikmat  Allah untuk kepada hamba-hambnya…jadi persoalannya..adakah kita bersyukur dengan nikmatnya dan adakah kita tidak takut kepada azabnya???Jawab la sendiri…


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.    (Tuhan) yg Maha Pemurah,

2.    Yang telah mengajarkan Al-Quran.

3.    Dia menciptakan manusia,

4.    Mengajarnya pandai berbicara.

5.    Matahari dan bulan (beredar)menurut perhitungan.

6.    Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk pada kepada-Nya.

7.    Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).

8.    Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.

9.    Dan tegakkanlah timbangan itu ddengan adil an janganlah kamu mengurangi neraca itu.

10. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya)

11.  Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yg mempunyai kelopak mayang.

12.  Dan biji-bijian yg berkulit dan bunga-bunga yg harum baunya.

13.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

14.  Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

15.  Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.

16.   Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

17. Tuhan yg memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yg memelihara
kedua tempat terbenamnya*

*Dua tempat terbit matahari dan dua tempat terbenamnya ialah tempat terbit dan terbenam matahari di waktu musim pana dan di musim dingin.

18. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

19.  Dia membiarkan dua lautan mengalir yg keduanya kemudian bertemu,

20. Antara keduanya ada batas yg tidak dilampaui oleh  masing-masing*

*Diantara ahli tafsir ada yg berpendapat bahawa “La yabghiyan” bermaksud  “masing-masingnya tidak dikehendaki”.Dengan demikian maksud ayat 19-20, ialah bahawa ada dua laut yg kedua-duanya tercerai kerana dibatasi oleh tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki (tidak diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang (digali untuk kperluan lalu lintas), maka bertemulah dua laut itu.Seperti terusan Suez dan terusan Panama.




21.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

23.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

24. Dan kepunyaan-Nyalah bahtera-bahtera yg tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.

25. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

26. Semua yg ada di bumi itu akan binasa.

27. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yg mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

28. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

29. Semua yg ada di langit dan dibumi selalu meminta pada-Nya.Setiap waktu Dia dalam kesibukan*

*Allah sentiasa dalam keadaan menciptakan menghidupkan ,mematikan,memelihara,member rezeki dll.

30. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?


ANCAMAN ALLAH TERHADAP PERBUATAN-PERBUATAN DERHAKA.

31.  Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepada kamu hai manusia dan jin.

32.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

33.  Hai jemah jin dan manusia,jika kamu sanggup menembus(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.

34.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

35.  Kepada kamu (jin dan manusia)dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)

36.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

37. Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan)minyak.

38. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

39.    Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanay tentang dosanya.

40. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

41.  Orang-orang yg berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka *

*Pada hari berhisab tidak lagi didengar alasan-alasan dan uzur-uzur yg mereka kemukakan.

42. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

43.  Inilah neraka Jahannam yg didustakan oleh orang-orang berdosa.

44. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yg mendidih yg memuncak panasnya.

45. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

PAHALA BAGI ORANG-ORANG YG BERTAQWA.

46. Dan bagi orang yg takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga*
*yg dimaksudkan dua syurga disini ialah syurga untuk manusia dan syurga untuk jin.Ada juga ahli tafsir yg berpendapat syurga dunia dan syurga akhirat.

47. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

48. Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.

49. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

50. Di dalam syurga itu ada dua buah mata air yg mengalir.

51.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

52. Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yg berpasangan.

53.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

54. Mereka bertelekan di atas permaidani yg sebelah dalamnya dari sutra.Dan buah-buahan kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.

55. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

56. Di dalam syurga itu  ada bidadari-bidadari yg sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penhuni syurga yg menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.

57. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

58. Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

59. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

60. Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).

61.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi*

*Selain dua syurga tersebut diatas ada dua lagi syurga yg disediakan untuk orang-orang mukmin yg kurang darjatnya dari orang-orang mukmin yg dimasukkan ke dalam syurga yg pertama.


63.  Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

64.  Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.

65. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

66. Di dalam kedua syurga itu ada dua mata air yg memancar.

67. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

68.  Di dalam keduanya ada (macam-macam) buh-buahan an kurma serta delima.

69. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

70.Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yg baik-baik lagi cantik-cantik.

71. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

72. (Bidadari-bidadari) yg jelita, putih bersih dipingit di dalam rumah.

73. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

74. Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yg menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.




75. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?

76. Mereka bertelekan pada bantal-bantal yg hijau dan permaidani-permaidani yg indah.

77. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
78. Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia .


Alhamdulillah akhirnya siap juga…dalam surah ini bnyak diceritakan tentang azab neraka dan nikmat syurga Allah (dijelaskan bahawa ada dua jenis syurga yg disediakan bagi orang-orang mukmin)

Pada surah Al Waaqi’ah diterangkan bahagian manusia di akhirat  kepada tiga golongan,iaitu golongan kiri,golongan kanan dan golongan orang –orang yg lebih dahulu beriman dan diterangkan pula bagaimana nasib masing-masing golongan itu.
Marilah sama-sama kita kongsi ilmu ini…minta maaf kalau ada ejaan yg terslah…jika ada mana2 yg terslap tafsir tolong brithu saya…aku hanya hamba yg lemah…May Allah bless you…Ameen…

Haram Syurga untuknya...


Nak tahu x siapa yg haram masuk syurga Allah s.w.t….Dalam hadis-hadis ni ada mengatakan tentang orang-orang  yg haram msuk ke syurga…Antaranya:

·         Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga orang yg diharamkan masuk ke syurga oleh Allah, iaitu PENAGIH ARAK,PENDERHAKA terhadap orang tua dan membiarkan isterinya (wanita keluarganya) berbuat zina (serong).”(Ahmad An Nasai,Bazaar an Hakim.Ia mengatakan bahawa isnadnya sahih dan menggunakan lafaz Ahmad)
 
·         Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Empat orang yg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya ,iaitu PENAGIH ARAK,PEMAKAN RIBA,PEMAKAN HARTA ANAK YATIM tanpa hak,dan 0RANG YG DERHAKA KEPADA ORANG TUANYA.”(Hakim,dengan isnad yg sahih)

Baca yg nie!!!menakutkan!!!


·         Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah PENAGIH ARAK,ORANG YG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM, dan ORANG YG MEMPERCAYAI SIHIR.Barangsiapa mati dalam keadaan minum arak,maka kelak akan diberi minum oleh Allah air Sungai Ghauthah.Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut,baginda menjawab,”Iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yg berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.”(Ahmad,Abu Ya’la dan Ibnu Hibban,juga diriwayatkan oleh Hakim dania mensahihkan dalam riwayat Ibnu Hibban)
 

Hah siapa yg sanggup msuk ke neraka bleh la mulakan buat “amalan baik”yg telah dilistkan diatas….Skrang ni pun dah bleh daftar masuk tuk jadi ahli neraka…dengan itu anda boleh pergi melawat mana-mana kelab/disko dan yg seerti  dengannya…tu pun kalau sanggup hadapi seksaan neraka Allah la…ish3…jngan sesekali cuba mencabar Allah!!!Wallahualam…
   

Thursday, February 3, 2011

Sosial-Sosial



 Tahu tak apa maksud zina tu....Zina ialah mengadakan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan tanpa ada satu ikatan(pernikahan yg sah) pun.. skrang ni nak cari penzina tu kerja senang jew...sbab apa..sbab dah terlalu ramai yg tertarik ngan klab penzina ni..x kisah dah balasan2 Allah yg tunggu diorang...penzina ni kufur nikmat tol la..Allah bagi akal tapi gunakan tok apa??? Buat ANAK???anak yg sah x pe..ni x pasal2 bdak (anak luar nikah) tu seakan2 terpaksa menanggung dosa penzina tu...Astagfirullahalazim...
 

Firman Allah s.w.t.
“Dan orang-orang yg tidak menyembah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yg diharamkan Allah (membunuh) kecuali dengan alasan yg benar dan tidak berZINA.Barang siapa yg melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (balasan) dosa(nya), (iaitu) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan hina.”

Kalau la Malaysia ni jlankan hukum hudud..insyaAllah tak ada sesiapa pun yg brani nak berzina...tahu tak apa hukumnya..ni la hukuman untuk orang brzina..yg ini tok dunia..kat akhirat...hanya Allah s.w.t. yg tahu...tunggu...

Lelaki & perempuan (beriman) yg single(bujang)... 100 kali sebatan...
Kalau pak cik  or mak cik yg dah khawin...rejam sampai mati(dilempar batu)
Klau dalam kitab Zabur...orang yg berzina itu kelak akan digantung kemaluannya di dalam api neraka dan dipukuli dengan cemati dari besi..dan Kalau la penzina ini dah kehausan dan meminta air...Malaikat Zabaniah menjawab:”Mana suara itu kamu dahulu ketawa bersuka ria dan bersenang-senang tidak memperhatikan aturan-aturan Allah s.w.t. dan tidak malu.”
Percaya tak penzina ini masih orang yg beriman???

                                        

Abu Daud meriwayatkan hadis berikut:Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jika seseorang berzina imannya itu keluar seperti asap yg menutupi kepalanya lalu apabila ia telah selesai berzina imannya kembali lagi.”(Abu Daud dan Tarmidzi)

Sampai sini dulu cerita pasal zina ni...InsyaAllah akan saya sambung pada masa yang akan datang...Ameen...

Saturday, January 29, 2011

Zina!!! Zina!!! Zina!!!



Bulan ini, sudah  hampir 9 bulan aku di kandung ibu dan dibawa ke sana ke mari. Rasanya , sudah tidak sabar lagi untuk melihat dunia.  Betapa cantik alam ciptaan Tuhan ini. Dan yang paling aku nantikan, ialah menatap wajah ibuku. Ah! Sebulan ini bagai setahun rasanya bagiku. Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua. Dengan payah, dengan jeritan tangis dan sakitnya, akhirnya aku dilahirkan. Sebaik keluar, aku menjerit dan menangis ketakutan. Bilik kecil itu begitu asing bagiku. Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia. Tiba-tiba, aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku. Aku membuka mata dan mengerling ke arah manusia itu.

 
Oh! Inilah ibuku. Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama Sembilan bulan. Cantik orangnya , apabila ibu mendakapku terasa aman jiwaku dibuatnya. Aku memerhatikan sekeliling. Ayah, dimana ayah? Aku ingin menatap wajah ayah. Tapi ayah tiada, ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita  lain. Aku tidak tahu siapa wanita itu lalu aku menangis.. tidak lama kemudian aku melihat ibu bersiap-siap. Ibu... ibu mahu ke mana? Ibu tidak menjawab pertayaan ku itu sebaliknya berlalu keluar bersama wanita sedang mendukung ku ini.

Aku menjadi pelik.. kenapa ibu bersikap dingin terhadap ku? Kemudian ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. Ibu memelukku dengan erat, memandang ke wajahku. Mataku dan mata ibu bertentangan. Terasa begitu bahagia apabila dapat menatap wajahmu ibu... tiba-tiba  kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak. Wanita itu kemudiannya mengambil aku dari pangkuan ibu. Aku kembali menangis . Entah kenapa, aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.

Aku memandang wajah ibuku dengan tangisan dan teriakkanku. Namun , ibu hanya melihat aku dengan pandangan yang sayu. Kemudian dia berpaling ke arah lain. Wanita itu membawa aku pergi, lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput, bersebelahan tong sampah yang hapak baunya. Aku menangis dan menjerit. Kenapa letakkan aku di sini! Ibu,aku takut! Aku menjerit sepuas-puasnya , namun tangisan aku itu sia-sia. Ibu dan wanita itu  telah meninggalkan aku seorang diri.

 Ibu,kenapa ibu tinggalkan aku di sini? Bukankah aku patut dibelai dan dimandikan , lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuh ini? Semut-semut merah yang bisa  berkeliaran disitu mula merayapi tubuhku. Seekor daripadanya mengigit tubuhku yang masih dipenuhi  darah. Aduh ! ibu.. sakit ibu, SAKIT!  Aku terus meraung apabila semut-semut itu mengigit tali pusatku. Ia mengigit pula bibirku. Aduh, aku tidak tertahan lagi. Aku cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga,kaki, tangan dan seluruh tubuhku, tetapi tidak berdaya. Tanganku terlalu kecil dan lemah.  Aduhhhh... ibuuuuu!!! Aku menangis kesakitan , tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.

Waktu berlalu, akhirnya aku menjadi lesu sendiri. Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya untuk menepis semut yang semakin ganas mengigit tubuhku ini. Aku juga tidak berminat lagi melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung di langit. Ibu.....aku sayangkan kamu, ibu.. aku tidak sabar untukk lahir ke dunia, semata-mata untuk menatap wajahmu ibu, tapi ini yang kau lakukan padaku.

Langit beransur cerah, matahari muncul dan cahayanya kian terik. Terasa aku tidak mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini. Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil nama ibu.  Kini, aku sudah tidak lagi bersemangat untuk hidup . aku tidak lagi menjerit dan menangis. Aku sudah tidak mahu melihat dunia ini. Aku juga tidak mahu menatap wajah ibuku.

 Hanya satu  yang ingin aku tanyakan pada ibu... tidakkah engkau takut kepada Tuhan yang menjadikan dirimu dan diriku?tidakkah engkau tahu bahawa anak adalah kurniaan yang paling besar dari Tuhan buat hamba-hamba-Nya? Aku berdoa, semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosa ibu. Aku tahu sebentar lagi lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhanku. Aku akan bertemu dua lagi abangku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu. Nanti aku akan mendengar pula kisah sedih abang-abangku yang senasib dengan diriku ini. Terima kasih ibu kerana melahirkan aku. Terima kasih juga kerana membuangku.. Tunggu... aku akan menunggu ibu ‘di sana’ nanti.
                                         
                                                   bkan gamba sebenar tau...

Saturday, January 15, 2011

Allah Benci orang Menguap???



Siapa yg x pernah menguap???...angkat tangan...x do la tu...biasa ae kita akan menguap bila ngatok atau x ckup tido..klo ikot sains punca menguap adalah disobabkan kita kkurangan oksign...

Ada hadis yg diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad dan At-Tarmizi yg berbunyi,Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yg demikian itu drpd syaitan yg mentertawakan kamu.”Makruh tau klo kita mengankat suara...


Hah!!!apa lgi lpas ni kena la tahan menguap sekadar yg mampu jew la...jngan paksa diri kang lain jadi ae... Diriwayatkan oleh al-Bukhari drpd Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu bersin,lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’,maka adalah hak atas setiap Muslim yg mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallah’.Adapun menguap itu adalah drpd syaitan.Maka apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia menahannya sekadar termampu.Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya.”

 Klo nak menguap sangat jangan lupa ltak tangan tutp mulut...Diriwayatkan olh Muslim drpd Abu Said al-Khudri r.a.,Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan msuk (melalui mulut yg terbuka)

Aish...baik  kita jaga2...entah brapa bnyak la syaitan dah msuk...huhuhhuu...Nauzubillah....Waallahualam...

Friday, January 14, 2011

Perempuan ke Wanita Solehah???


Perempuan skrang ni senang jew nak cari...kat tepi jlan tu melambak perempuan...yang susah nak cari ae adlah wanita solehah...so kat sini sya nak kongsi sama2 tentang seorang wanita yg solehah...

 

Cuba la tanya mana2 lelaki...perempuan cam ne yg diowang nak jadikan sebagai teman idup..of course jwapan ae perempuan yg baik hati,solehah,ada agama dan seerti dengannya...

Nak jadi wanita yg solehah nie bkan senang...bnyak ujian hidup yg perlu dilalui...kadang kala hampir tersungkur ke tanah...tapi kita kena bangun untuk mencari keredhaan Allah SWT...

Antara ujian ae...mesti ade orang yg cakap cam nie....”perh bajet baik jew bdak tu...nmpak jew pkai tudung...ntah2 rambut berwarna...huh!!!”...

Kepada sesiapa yg dah terkena..sabar jew la ye...bnyak pahala yg akan kamu dapat ngan bersabar...dan cbe tok tkar fikiran dia dengan berkelakuan sebagai muslimah sejati...InsyaAllah satu hari nanti dia xkan memfitnah kamu dan mungkin akan tertarik untuk berkawan dengan kamu...

Allah juga akan menurunkan ujian dari segi nafsu...contohya,nafsu untuk mempunyai kekasih hati (bkan suami)...sebagai wanita perasaan tu susah dibuang jauh kerana hubungan antara wanita dengan lelaki adalah fitrah hidup...

Sebagai manusia biasa...sudah tentu kita ada kelemahan...bukan mudah untuk mengalahkan nafsu ni...tapi dengan adanya iman InsyaAllah kita boleh kalahkan nafsu ni...

                                             

Uh..dah lewat nie..ideapun ntah ke mana...huhuhuhuh...InsyaAllah akan disambung klo umo sya panjang....Wassalam...


  

Thursday, January 13, 2011

Aurat la kawan...


 Di  dalam  Al-Quran  dan  hadis  banyak  terdapat  peraturan-peratuan  berkenaan  pergaulan  lelaki  dan  permpuan.Peraturan  tersebut  mencukupi:


1.Lelaki  tidak  boleh  meniru  pakainyan  perempuan  begitu  juga  sebaliknya  perempuan  tidak  boleh  meniru  pakaian  lelaki.

2.perempuan  tak  boleh   mempamerkan  kecantikan  tubuh  badannya  di  hadapan  lelaki  yang  bukan  muhrimnya.

3.Perempuan  dan  lelaki  ketika  keluar  rumah  hendaklah  menutup  aurat.

4.Lelaki  dilarang  melihat  aurat  sesamanya  demikian  juga  perempuan  dilarang  melihat  aurat  perempuan  lain.

5.Lelaki  tidak  boleh  melihat  aurat  perempuan  dan  perempuan  tidak  boleh  melihat  aurat  lelaki  kecuali  dalam  keadaan  darurat.

6.Lelaki  tidak  boleh berjalan  dngan  perempuan  lain  tanpa  disertai  oleh  muhrimnya.

7.Janganlah  lelaki  memandang  perempuan  dengan  pandangan  menggoda  dan  menimbulkan  fitnah  begitu  juga  sebaliknya.

8.Lelaki  dan  perempuan  jangan  menguinjungi  tempat-tempat  hiburan  yang  berunsur  maksiat.

9.Pelihara  akhlak  mulia  dengan  cara menjauhkan  diri  daripada  berteman  dengan  orang  yang  tidak  memiliki  budi  pekerti  yang  baik.