Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

header text

Ya Allah,berikanlah kepadaku kitabku(catatan amalku)dari tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku melalui tangan kiriku.Aaminnn...

Monday, May 30, 2011

Cantiknya wanita dengan....


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan
. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

* Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

* Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

* Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

* Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

* Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

* Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

* Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

* Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

InsyaAllah....

Sunday, May 29, 2011

Hebatnya dia!!!



"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.

Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.

Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.

Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.

Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.

Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.

Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.

Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.

Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.

Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.

Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.

Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.

Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.

Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.



Moga kita dapat jadi sprti Aliyah....Aamiiin....

Saturday, April 30, 2011

Maksud Baccan dalam Solat.



Mai2 sni bace...disebabkan diri nie jahil berbhasa Arab jadi saya nak kongsi maksud2 bacaan dlam solat tok orang2 yg mcam saya nie...huhuhuhu...Jom hayati!!!

1.Takbiratul ihram dan takbir Allah Maha Besar.

2.Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


3.Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 

4.Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

5.Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

6.Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 

7.Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 

8.Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

9.Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 

10.Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

11.Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah. "bertemu krn Allah, berpisah krn Allah"

Moga lpas ni kita dapat memperbaiki

Saturday, April 16, 2011

kassim ahmad si penyesat!!!


                                                                                                    
                                         



Hari tu ustzah aja bab ajran2 sesat...disebabkan diri nie terjin buang tbiat..hehehe...so sya nak kongsi psal kassim ahmad nie ngan sume orang wlaupun ctew nie dah lam...heheheh...

LATAR BELAKANG

• Ajaran yang turut dikenali sebagai “Ajaran Al-Qur’an Menolak Hadith” ini dipercayai muncul di Amerika Syarikat hasil garapan seorang pemikir Islam, Rashad Khalifa. Rashad sebelumnya turut menggemparkan umat Islam seluruh dunia apabila memperkenalkan Kod 19, yang merupakan suatu penyelewengan besar kepada pentafsiran dalam Al-Qur’an.
• Di Malaysia, ajaran ini mula diperkenalkan dan dikembangkan sejak 1985 oleh tiga “tokoh pemikir” yang amat takjub dengan keupayaan akal mereka sendiri, iaitu Kassim Ahmad, Abdul Manan Harun dan Othman Ali.

• Isu anti hadith bertitik tolak apabila Kassim Ahmad yang mendokong idea Dr. Rashad Khalifa terutama penentangannya terhadap hadith dan penemuan Kod 19. Mereka bukan di kalangan ahli ilmuan Islam tetapi sengaja menulis dan membahaskan di kalangan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik semata-mata. Ini dapat dilihat sebagaimana petikan kenyataan Kassim Ahmad yang disiarkan di dalam Akhbar Mingguan Islam pada 21 November 1985 seperti berikut:

“Perbincangan dan perbahasan ini dilakukan mengikut kaedah saintifik, semua fakta-fakta, kenyataan dan keterangan mestilah nyata, berwibawa, selaras dan benar dan semua hujah mestilah munasabah, logikal dan rasional.”

• Akibat terpengaruh dengan buku-buku tulisan Dr. Rashad Khalifa seperti buku “Quran The Final Scripture”, “Quran, Hadith And Islam” dan “Quran Visual Presentation Of The Miracle”, Kassim Ahmad telah memperkenalkan idea-idea berkenaan kepada umat Islam di negara ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” dalam akhbar Watan. Artikelnya yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-Ahli Hadith” telah menunjukkan pendiriannya dalam menolak hadith dan sunnah dalam Islam.

• Bermula bulan September 1985, Kassim Ahmad telah memperlihatkan peningkatan gerakannya dengan penganjuran Majlis Diskusi mengenai “Teori Hadith” di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri oleh beberapa orang kenalannya daripada ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Penyebaran ajaran sesat Kassim Ahmad telah disedari dan dikecam hebat oleh para ulama’ Islam dan akhirnya Kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

• Ekoran daripada kecaman dan kritikan ulama’-ulama’ tersebut serta tindakan Kerajaan membatalkan siri ceramahnya, maka pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku bertajuk “Hadith Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Penulisan buku tersebut telah membangkitkan kemarahan dan menjadi suatu kontroversi yang meluas di kalangan umat Islam kerana antara lain buku tersebut mendokong fahaman penolakan hadith secara total sebagai salah satu sumber hukum Islam. Buku tersebut kemudiannya telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.

• Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadith secara total. Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan 
buku tersebut melalui Warta Kerajaan.
                                                         
                                                             
   
• Demikian juga halnya dengan Othman Ali. Karyanya, “Bacaan” (makna kepada perkataan Al-Qur’an dalam bahasa Melayu) memperjelaskan pegangan eratnya kepada ajaran anti hadith. Keseluruhan kandungan Bacaan adalah himpunan “tafsiran selapis” Othman kepada setiap bilah ayat Al-Qur’an yang berbahasa Arab. Othman sendiri pernah mengakui bahawa beliau tidak begitu arif dengan bahasa Arab tetapi masih mencipta Bacaan.

• Ajaran golongan intelek ini agak berbeza berbanding dengan kebanyakan ajaran sesat lain yang berkembang di negara ini. Jika kebanyakan ajaran lain mempraktikkan amalan tertentu seperti berzikir di tengah kepekatan malam serta amalan-amalan lain yang berbau khurafat sebagai identiti mereka, tidak pula demikian dengan anti hadith. Penyelewengan mereka ternyata bergaya apabila mereka mengenengahkan suatu “penyelewengan profesional” yang mereka dakwa sebagai “pembetulan” kepada “amalan sesat” yang diamalkan oleh umat Islam kini. Lebih tepat lagi, “sesatnya” umat Islam kini (seperti dakwaan mereka) kerana beramal ibadah dengan berpandukan hadith, sedangkan mereka beramal ibadah dengan berpandukan Al-Qur’an secara mutlak.

• Usaha golongan ini menolak hadith sebagai salah satu sumber hukum Islam bukan sahaja melalui buku-buku, malah juga disebarkan melalui pelbagai bentuk penulisan seperti penulisan risalah Iqra’, artikel dalam media cetak, dan kegiatan-kegiatan lain seperti majlis diskusi, forum, ceramah, usrah dan sebagainya. Buku dan risalah (seumpama Bacaan) menjadi medium utama kerana sebahagian besar pengamal ajaran ini merupakan intelektual yang tahu menulis apa sahaja. Manakala usrah pula merupakan cara paling mudah untuk menyebarkan fahaman ini kepada ahli-ahli baru.


                                               



Bnyak agi...tpi nanti pnjang2 x best..so sampy sni dlu kot..insyaALLAH akan dsambung!!!
Selamat beramal!!!
Wallahualam...

Solat Sempurna!!!








 
Hah sape rasa solat dye dah ckup sempurna???of course sye bkan dalam gol tu...=(...cbe bce crita nie insyaALLAH membantu kita semua!!!



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
 Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara; Bertaubat, Menyesali dosa yang telah dilakukan, Tidak tergila-gilakan dunia, Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya), Tinggalkan sifat berbangga, Tinggalkan sifat khianat dan menipu, Meninggalkan sifat dengki." 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.





Bile nak dapat jadi cam Hatim???jwablah sendiri ye....=)
Selamat beramal!!!
Wallahualam...
****************************************

Saturday, April 2, 2011

BAtu NisAn x bleh GunE???


 

Persoalan tentng batu nisan...ade yg ckap x bleh ade yg ckp bleh...so cbe bace ni...Barakallah...

Dari Jabir, bahwasannya “Rasulullah shalallahu alaihi wasalam melarang menyemen kubur, menulisi, mendirikan bangunan diatasnya dan duduk di atasnya.” [Shahih, Abu Dawud 3326, At Tirmidzi 1052, An Nasa'i IV/86, Ibnu Majah 1563, Hakim I/370, Baihaqi 10/4, Ibnu Hibban 3164].

Sebagian ulama mengharamkan menulisi nisan, diantaranya adalah Asy Syaukani [Nailul Authaar IV/129], “Dalam hadits ini disebutkan pengharaman menulisi kubur. Zhahirnya tidak ada beda antara menulisi nama mayit atau tulisan-tulisan lainnya.”

Sementara itu yang menghalalkan diantaranya adalah Al Hakim [I/370], “Hadits ini tidak diamalkan karena selurun imam-imam kaum muslimin nisan makam mereka ditulisi dengan tulisan-tulisan. Ini merupakan tradisi yang diwariskan dari generasi ke generasi.”

Akan tetapi Adz Dzahabi membantah pernyataan Al Hakim dengan mengatakan, “Kami tidak mengetahui seorangpun sahabat Bani yang melakukan hal itu. Tradisi seperti ini dibuat-buat oleh sebagian tabi’in dan orang-orang setelah mereka. Sementara hadits larangan belum sampai kepada mereka“

Sebagian ulama mengecualikan dengan alas an batu yang dituliskan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasalam di atas kuburan Utsman bin Madz’un untuk mengenalinya.
Menanggapi hal ini, Asy Syaukani [Nailul Authaar II/133] mengatakan, “Ini termasuk pengecualian dengan qiyas. Jumhur sepakat tidak sah qiyas bila berlawanan dengan nash sebagaimana dalam kitab Dha’un Nahaar. Jadi masalahnya ada pada keabsahan qiyas.”
 
perlu kew sampai cam nie skali....

Syaikh Al Albani [Ahkaamul Janaa-iz] mengatakan, “Bersandar secara mutlak pada qiyas tersebut adalah salah. Yang benar adalah pembatasan, jika seperti yang dilakukan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasalam untuk mengenalinya, karena jumlah kubur dan bebatuan terlalu banyak, maka boleh menulisi nama di batu sekedar untuk mengenali, Allahu a’lam.” [Mungkin yang dimaksud oleh Syaikh Al Albani sekedar batu yang ditulisi nama tanpa hiasan-hiasan, ukir-ukiran, dsb]

Sumber :
Ensiklopedi Larangan Menurut Al Qur’an dan As Sunnah, Syaikh Salim bin Ied Al Hilaly, Pustaka Imam Asy Syafi’i.

Selamat beramal...Allahuakbar!!!

Friday, April 1, 2011

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah???

uh...baca nie...penting...jom plajarinya....

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
01. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
02. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
03. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
04. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
05. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
06. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) Amin. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.



Selamat beramal!!!