Dipetik
daripada buku Nota Kepada Diri oleh TGNA…
Setelah Allah SWTmenganugerahkan ganjaran
kepada golongan yang ditimpa bala cacat penglihatan dan penyakit kusta, Allah
SWT menyeru pula para pemuda (remaja) yang berakhlak mulia (muta’akkif).Mereka
diseur agar menghadap Allah SWT bagi menerima anugerah, sebagai ganjaran
daripadausaha ikhlas dan kesungguhan mereka mengawal diri daripada sebarang
pancaroba ketika remaja.
Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan
cabaran.Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang sugar-bugar, ketika inilah
gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala
dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan
dan batas-batas syariat.
Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa
terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak
melaksanakan hokum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja
disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan kaum artis
sebagai sanjungan dan ikutan , bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan
menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak
bernilai.Dengan mudah mereka menyerahkannya kepada seseorang lantaran runtunan
hawa nafsu.
Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran
dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik , termasuk video
lucah, menjadikan golongan remaja sebagai sasarannya.Dalam suasana yang begitu
onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang
berteraskan tarbiah Islam,mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang
teguh dengan ajaran Islam.Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya
tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.
Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja
Mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi suasana negara dan pemerintah yang
mengabaikan peraturan AllahSWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih
menjurus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik
dan hidayahAllah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang
berpegang teguh dengan amanah Allah SWT sahaja yang akan selamat daripada
segala bencana itu.
Hanya golongan remaja yang memiliki benteng
pertahanan iman, serta akhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah
berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi.Allah SWT amat
menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka
tiba di Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan dari
para malaikat. Malah kehadirannya disambut oleh Allah SWT dengan ucapan
“Selamat Datang wahai para remaja yang baik”.
Demikianlah penghargaan dan balasan Allah
SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal
diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela disekitar
mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan
berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat
keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.
Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang
kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat
supaya menempatkan para remaja itu disebelah kanan. Untuk mereka, disediakan
bendera berwarna hijau, lalu Allah SWT menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima
bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukminun, berakhlak, bersabar,
dan mempunyai ilmu pengetahuan.
Nabi Yusuf AS terpilih menjadi ketua para
belia yang baik budi pekerti kerana baginda adalah seorang Nabi yang sangat
kacak dan tampan. Ketampanannya menggoda ramai para wanita, sehingga ada wanita
yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf AS Berjaya mengatasi
semua halangan dan godaan itu.
Ulamak tafsir menyifatkan kecantikkan yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia didunia ini hanyalah separuh daripadanya
ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama
“Surah Yusuf”, yang bukan sahaja menceritakan rupa paras Nabi Yusuf AS yang
tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan
baginda.
Alangkah bertuahnya para belia itu kerana
mendapat ketua seorang Nabi yang termahsyur, iaitu Nabi Yusuf AS.
Bersesuaianlah dengan ketabahan dan kekuatan hati baginda yang Berjaya
menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang Berjaya
menghadapi segala godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama
Nabi Yusuf AS dibawah panji-panji hijau di Akhirat kelak.
Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan
hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan
bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya
semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan yang
ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT kerana
sifatnya yang terpuji itu.
Sifat kasih mesra sesama insan itu
merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan permusuhan.
No comments:
Post a Comment