Ini
adalah tafsir bagi Surah Ar-Rahman…urutan ini mengikut ayat tau…Dalam surah ini
mengisahkan azab dan nikmat Allah untuk
kepada hamba-hambnya…jadi persoalannya..adakah kita bersyukur dengan nikmatnya
dan adakah kita tidak takut kepada azabnya???Jawab la sendiri…
1. (Tuhan) yg Maha Pemurah,
2. Yang telah mengajarkan Al-Quran.
3. Dia menciptakan manusia,
4. Mengajarnya pandai berbicara.
5. Matahari dan bulan (beredar)menurut
perhitungan.
6. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan
kedua-duanya tunduk pada kepada-Nya.
7. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia
meletakkan neraca (keadilan).
8. Supaya kamu jangan melampaui batas tentang
neraca itu.
9. Dan tegakkanlah timbangan itu ddengan adil
an janganlah kamu mengurangi neraca itu.
10.
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya)
11. Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma
yg mempunyai kelopak mayang.
12. Dan biji-bijian yg berkulit dan bunga-bunga
yg harum baunya.
13. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
14. Dia menciptakan manusia dari tanah kering
seperti tembikar,
15. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.
16. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
17.
Tuhan yg memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yg memelihara
kedua
tempat terbenamnya*
*Dua
tempat terbit matahari dan dua tempat terbenamnya ialah tempat terbit dan
terbenam matahari di waktu musim pana dan di musim dingin.
18.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yg
keduanya kemudian bertemu,
20.
Antara keduanya ada batas yg tidak dilampaui oleh masing-masing*
*Diantara
ahli tafsir ada yg berpendapat bahawa “La yabghiyan” bermaksud “masing-masingnya tidak dikehendaki”.Dengan
demikian maksud ayat 19-20, ialah bahawa ada dua laut yg kedua-duanya tercerai
kerana dibatasi oleh tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah
dikehendaki (tidak diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang
(digali untuk kperluan lalu lintas), maka bertemulah dua laut itu.Seperti
terusan Suez dan terusan Panama.
22.
Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
23. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
24.
Dan kepunyaan-Nyalah bahtera-bahtera yg tinggi layarnya di lautan laksana
gunung-gunung.
25.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
26.
Semua yg ada di bumi itu akan binasa.
27.
Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yg mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
28.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
29.
Semua yg ada di langit dan dibumi selalu meminta pada-Nya.Setiap waktu Dia
dalam kesibukan*
*Allah
sentiasa dalam keadaan menciptakan menghidupkan ,mematikan,memelihara,member
rezeki dll.
30.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
ANCAMAN
ALLAH TERHADAP PERBUATAN-PERBUATAN DERHAKA.
31. Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepada
kamu hai manusia dan jin.
32. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
33. Hai jemah jin dan manusia,jika kamu sanggup
menembus(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusnya melainkan dengan kekuatan.
34. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
35. Kepada kamu (jin dan manusia)dilepaskan nyala
api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)
36. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
37.
Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti
(kilapan)minyak.
38.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
39. Pada waktu itu manusia dan jin tidak
ditanay tentang dosanya.
40.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
41. Orang-orang yg berdosa dikenal dengan
tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka *
*Pada
hari berhisab tidak lagi didengar alasan-alasan dan uzur-uzur yg mereka
kemukakan.
43. Inilah neraka Jahannam yg didustakan oleh
orang-orang berdosa.
44.
Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yg mendidih yg memuncak
panasnya.
45.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
PAHALA
BAGI ORANG-ORANG YG BERTAQWA.
46.
Dan bagi orang yg takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga*
*yg
dimaksudkan dua syurga disini ialah syurga untuk manusia dan syurga untuk
jin.Ada juga ahli tafsir yg berpendapat syurga dunia dan syurga akhirat.
47.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
48.
Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.
49.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
50.
Di dalam syurga itu ada dua buah mata air yg mengalir.
51. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
52.
Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yg berpasangan.
53. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
54.
Mereka bertelekan di atas permaidani yg sebelah dalamnya dari sutra.Dan
buah-buahan kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.
55.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
56.
Di dalam syurga itu ada
bidadari-bidadari yg sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh
manusia sebelum mereka (penghuni-penhuni syurga yg menjadi suami mereka) dan
tidak pula oleh jin.
57.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
58.
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
59.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
60.
Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).
61. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
62.
Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi*
*Selain
dua syurga tersebut diatas ada dua lagi syurga yg disediakan untuk orang-orang
mukmin yg kurang darjatnya dari orang-orang mukmin yg dimasukkan ke dalam
syurga yg pertama.
63. Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu
dustakan?
64. Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua
warnanya.
65.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
66.
Di dalam kedua syurga itu ada dua mata air yg memancar.
67.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
68. Di dalam keduanya ada (macam-macam)
buh-buahan an kurma serta delima.
69.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
70.Di
dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yg baik-baik lagi cantik-cantik.
71.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
72.
(Bidadari-bidadari) yg jelita, putih bersih dipingit di dalam rumah.
73.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
74.
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni
syurga yg menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
76.
Mereka bertelekan pada bantal-bantal yg hijau dan permaidani-permaidani yg
indah.
77.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?
78.
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia .
Alhamdulillah
akhirnya siap juga…dalam surah ini bnyak diceritakan tentang azab neraka dan
nikmat syurga Allah (dijelaskan bahawa ada dua jenis syurga yg disediakan bagi
orang-orang mukmin)
Pada
surah Al Waaqi’ah diterangkan bahagian manusia di akhirat kepada tiga golongan,iaitu golongan
kiri,golongan kanan dan golongan orang –orang yg lebih dahulu beriman dan
diterangkan pula bagaimana nasib masing-masing golongan itu.
Marilah
sama-sama kita kongsi ilmu ini…minta maaf kalau ada ejaan yg terslah…jika ada
mana2 yg terslap tafsir tolong brithu saya…aku hanya hamba yg lemah…May Allah
bless you…Ameen…
No comments:
Post a Comment