Kami
hanya berbual-bual, berbincang. Bertanya khabar, minum2 di kafe...
Adakah
itu menghampiri zina?
Ya,
perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami
dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari
ini ya. Esok lusa mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis
amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita
yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah :
Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya,
syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak
semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta
dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul
.Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun
desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu
pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan
nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina
ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan
iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan
berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang
digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan.
Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya
jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui
mana-mana jalan perzinaan.
Duduk
berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar
berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi
pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati
hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau
tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di
dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas
dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan
ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh!
Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study
Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye
pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul
ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain
tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah.
Sungguh bincang pelajaran.*
Baik
sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami
berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak
adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum
sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,
banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah
tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam
membunuh terus naluri cinta?
Naluri
adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki
dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu
tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu
datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh
pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi
malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya
akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Tentu
ada cinta secara Islam.
Cinta
secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul,
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah.
Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu
perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah
cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut
bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah
maruah manusia. Ia telalu mulia.
Kalau
begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya,
kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian
perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian
duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang
sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,duduk
makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang
bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah
diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda
daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih
ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami
tahan diuji.
Allah
yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang
ditegah takut manusia akan kecundang.
Jadi
manusia itu tidak tahan diuji?
Kita
manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa
supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan.
Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu, Allah
berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman
Allah : Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu
hampiri pokok ini. (Jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang
zalim (al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika
menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut
apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah
kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi
cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan
berkahwin.
Bolehkah
percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing2 akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada
yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak
orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.
Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia
seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai
berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi,
perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu
kepuraan atau hipokrit.
Percayalah,
kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana
diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan
manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan
itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui
proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun
canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya
sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?
Semua
itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang
diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik
angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama
sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya
akan bertemu dengan zina.
Jadi
seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur
maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang
yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak
menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat
dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima
cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh
Allah.
Adakah
orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara
kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang
pernah berzina. Allah berfirman : Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan
perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3). Jadi, orang yang
pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak
pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Jadi
orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta*
juga?
Itulah
pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik. LeLaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami
telah berjanji sehidup semati
Apa
ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,
jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan
sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering
berulang sehingga menjadi pepatah.
Si
dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah
hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita
sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih
wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya
akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.
Jadi,
perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak
mengikut syariat)
Tentu.
Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti
kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test
drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih
adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya,
masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah
mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya
dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan
dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana
kami?
Kamu
masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami
ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat
yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah
ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri
dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi
dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya
adalah selepas ijab kabul.
Ya
Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah
dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya
engkau Maha Pengampun dan penerima taubat .
Berilah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan
kepadaku perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah
diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu
dan ayah, anakmu berdosa .
Engkau
jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku
curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh
Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin,ya
Rabbal alamin.
Moga
Allah terima taubatmu