Bulan
ini, sudah hampir 9 bulan aku di kandung
ibu dan dibawa ke sana ke mari. Rasanya , sudah tidak sabar lagi untuk melihat
dunia. Betapa cantik alam ciptaan Tuhan
ini. Dan yang paling aku nantikan, ialah menatap wajah ibuku. Ah! Sebulan ini
bagai setahun rasanya bagiku. Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua. Dengan
payah, dengan jeritan tangis dan sakitnya, akhirnya aku dilahirkan. Sebaik
keluar, aku menjerit dan menangis ketakutan. Bilik kecil itu begitu asing
bagiku. Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia. Tiba-tiba, aku dipeluk
oleh seorang manusia seperti aku. Aku membuka mata dan mengerling ke arah
manusia itu.
Oh!
Inilah ibuku. Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama Sembilan
bulan. Cantik orangnya , apabila ibu mendakapku terasa aman jiwaku dibuatnya.
Aku memerhatikan sekeliling. Ayah, dimana ayah? Aku ingin menatap wajah ayah.
Tapi ayah tiada, ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain. Aku tidak tahu siapa wanita itu lalu
aku menangis.. tidak lama kemudian aku melihat ibu bersiap-siap. Ibu... ibu
mahu ke mana? Ibu tidak menjawab pertayaan ku itu sebaliknya berlalu keluar
bersama wanita sedang mendukung ku ini.
Aku menjadi pelik.. kenapa ibu bersikap
dingin terhadap ku? Kemudian ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. Ibu
memelukku dengan erat, memandang ke wajahku. Mataku dan mata ibu bertentangan.
Terasa begitu bahagia apabila dapat menatap wajahmu ibu... tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di
sebuah taman permainan kanak-kanak. Wanita itu kemudiannya mengambil aku dari
pangkuan ibu. Aku kembali menangis . Entah kenapa, aku benar-benar tidak selesa
dengan wanita itu.
Aku
memandang wajah ibuku dengan tangisan dan teriakkanku. Namun , ibu hanya
melihat aku dengan pandangan yang sayu. Kemudian dia berpaling ke arah lain.
Wanita itu membawa aku pergi, lantas meletakkan aku di atas tanah yang
berumput, bersebelahan tong sampah yang hapak baunya. Aku menangis dan
menjerit. Kenapa letakkan aku di sini! Ibu,aku takut! Aku menjerit sepuas-puasnya
, namun tangisan aku itu sia-sia. Ibu dan wanita itu telah meninggalkan aku seorang diri.
Ibu,kenapa ibu tinggalkan aku di sini?
Bukankah aku patut dibelai dan dimandikan , lalu diberikan pakaian untuk
menutup tubuh ini? Semut-semut merah yang bisa
berkeliaran disitu mula merayapi tubuhku. Seekor daripadanya mengigit
tubuhku yang masih dipenuhi darah. Aduh
! ibu.. sakit ibu, SAKIT! Aku terus
meraung apabila semut-semut itu mengigit tali pusatku. Ia mengigit pula
bibirku. Aduh, aku tidak tertahan lagi. Aku cuba menepis semut-semut merah yang
mula menyerang telinga,kaki, tangan dan seluruh tubuhku, tetapi tidak berdaya.
Tanganku terlalu kecil dan lemah.
Aduhhhh... ibuuuuu!!! Aku menangis kesakitan , tetapi ibu tidak juga
datang membawaku pergi.
Waktu
berlalu, akhirnya aku menjadi lesu sendiri. Aku tidak punya suara lagi untuk
menangis dan aku tidak berdaya untuk menepis semut yang semakin ganas mengigit
tubuhku ini. Aku juga tidak berminat lagi melihat kegelapan malam dan bulan
yang terapung di langit. Ibu.....aku sayangkan kamu, ibu.. aku tidak sabar
untukk lahir ke dunia, semata-mata untuk menatap wajahmu ibu, tapi ini yang kau
lakukan padaku.
Langit
beransur cerah, matahari muncul dan cahayanya kian terik. Terasa aku tidak
mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini. Tekakku luka kerana semalaman aku
menangis memanggil nama ibu. Kini, aku
sudah tidak lagi bersemangat untuk hidup . aku tidak lagi menjerit dan
menangis. Aku sudah tidak mahu melihat dunia ini. Aku juga tidak mahu menatap
wajah ibuku.
Hanya satu yang ingin aku
tanyakan pada ibu... tidakkah engkau takut kepada Tuhan yang menjadikan dirimu
dan diriku?tidakkah engkau tahu bahawa anak adalah kurniaan yang paling besar
dari Tuhan buat hamba-hamba-Nya? Aku berdoa, semoga Tuhan mengampuni segala
dosa-dosa ibu. Aku tahu sebentar lagi lagi aku akan kembali ke pangkuan
Tuhanku. Aku akan bertemu dua lagi abangku yang pernah dibuang sebegini oleh
ibu. Nanti aku akan mendengar pula kisah sedih abang-abangku yang senasib
dengan diriku ini. Terima kasih ibu kerana melahirkan aku. Terima kasih juga
kerana membuangku.. Tunggu... aku akan menunggu ibu ‘di sana’ nanti.
bkan
gamba sebenar tau...
No comments:
Post a Comment